Ini kisah benar saya copy drpd pelajar di Mesir. Hayatilah.
Alhamdulilah...Perkara pelik tapi benar
Tatkala ana sedang mengaji kitab, tiba2 ada orang memanggil utk pergi merawat seorang hamba Allah yang kena gangguan mahkluk halus... hamba Allah tersebut dirasuk oleh Jin yang hidup sezaman nabi Nuh a.s, Umurnya cukup lama...jelmaan jin tersebut tersangat tua dan berbongkok, pertama kali ana merawat dan bertemu jin yg lama sebegini di bumi Anbia Mesir...
Jin ini bercakap dlm bhasa yg xdifahami seakan bhasa arab orang asli, selepas itu bhasa arab fushah pada mulanya, tetapi cuba alihkan bahasa yg mudah difahami... cuba ruqyah dengan ayat2 suci Al-Quran dan doa2...jin yg terdapat dalam tubuh pesakit kepanasan dan menggeletar dgn kuasa Allah taala... Jin itu sperti mengetahui agama lebih dari kita, tahu setiap ayat yg kita baca dan juga pernah mendengar azan yg dilaungkan oleh Bilal bin Rabbah yg pertama...SubhanAllah... jin itu tahu satu persatu sperti memory hard disk di dalam kepalanya...kisah2 dahulu dan semua sahih...Jin itu mengetahui pasal islam cuma tidak beriman, dan beragama Yahudi..
[DIALOD DIBAWAH BUKAN BAHASA SEPENUHNYA SEBEGITU, BERCAMPUR BAHASA KELANTAN DAN DI TRANSLATE KE BAHASA BANGKU]
Selepas daripada itu, maka bermulanya sesi dialog diatara ana dengan jin tersebut...
Ana: Kamu siapa?
Jin: Akulah ketua dikalangan bbrapa jin...
Ana: Kenapa kamu merasuk kedalam tubuh pesakit ni?
Jin: Aku hanya lalu dikawasan ini dan melihat budak ini mudah utk dimasuki dan cuba untuk memberitahu kepada kamu semua cucu cicit nabi Adam a.s bbrapa perkara sahaja...
Ana: Apa yang kamu hendak beritahu wahai jin?
Jin: Kenapa Ummat Islam suka berpecah dan selalu melakukan kejahatan, dosa dan kezaliman, padahal agama mereka itu Tuhan mereka yang melarang melakukan perkara tersebut?
Ana: Senyum dengan tenang ke arah jin itu...
Jin: Ini tidak Adil, kamilah bangsa jin yg patut hebat dari kamu wahai manusia yg hanya dari tanah, aku lebih hebat kerana dari bunga api...aku akan menyesatkan bangsa kamu wahai anak cucu adam...
Ana: sekali lagi ana senyum..
Jin: (Jin tu pelik dan hairan seketika kemudian)
Ana: Kamu mahu tahu hal yg sebenar dan HAQ, ana bacakan bbrapa potongan ayat quran dari surah At-taubah ayat 128-129 dan doa serta tunjukkan kepada jin itu akan hal yg HAQ dan BATIL...
Jin: (Diam seketika) selepas itu dia menjerit ketakutan, lepastu pulak dia menangis teresak2...."Aku mahu lihat agama yg benar, ajarkan dan tunjukkan kepada ku"
Ana: Kamu kenal Rasulullah "Muhammad saw"?
Jin: Aku ada pada zaman itu tapi aku tidak kenal secara khusus (yakni pernah dengar nama tapi xberjumpa dan bersamanya)...siapakah beliau?
Ana: InsyaAllah, ana akan tunjukkan apa yang ana nampak dan lihat didalam mimpi ana yg dahulu...lihat dengan tenang dan fokus..."ana letakan tangan di matanya..(bacakan beberapa ayat quran dan berselawat)
Jin: ermm....ada hamba Allah yg bercahaya, rasa angin yg tenang...kenapa hatiku berasa sedih....siapakah beliau?
Ana: Hati kita akan mengenalnya walau tidak pernah berjumpa dengannya...Maka berbanyakkan selawwat kepadanya
Ana: Ana ajarkan jin itu mengenai islam dan bab Tauhid Usuluddin dan bbrpa ilmu fardhu ain...
Jin: semakin kuat menangis, lalu meminta "Aku mahu masuk islam dengan segera, Aku nampak semua yg engkau tunjukkan"...
أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله
"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Rasul (utusan) Allah."
Bilamana ketua jin tersebut memeluk islam, maka segelintir jin2 yg bersama ketua jin turut mengucap 2kalimah syadah dan memeluk islam dgn keikhlasan hati..lillahi taala...Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Terasa sejuk dan tenang seketika.....
Ana: (Alhamdulillah jin tersebut itu memeluk islam), dan ana bgi bbrapa nasihat dan tazkirah kepada jin tersebut, serta meletakkan nama baru jin itu dgn nama "Muhammad" sempena bulan Mauliddur Rasul...
Jin Islam: Layakkah aku dengan nama ini, nama Rasul ku?
Ana: Sememangnya, kita tidak layak TETAPI utk mengikuti sunnah dan kasih kepada beliau boleh, maka berusaha utk mengikuti sunnah RAsulullah saw..dan sentiasa berselawat kepadanya..
Jin Islam: Sememangnya ada bbrapa dikalangan kamu orang islam membenci menyambut Tahun kelahiran Nabi Muhammad mengatakan ia Bid'ah dholalah berdosa, jika mereka mengetahui hal yg sebenar dan manfaat dari selawat itu pasti akan merasa menyesal kerana tidak melakukan...Aku berasa tenang dan kosong bercahaya...rasa apakah ini?
Ana: Bilamana kamu memeluk islam, secara automatik dosa2 kejatan kamu yg lalu seperti bayi yg baru lahir, maka kekalkan kesucian ini dengan mengabdikan dirimu kepada yg Maha Esa(Allah) dan meninggalkan laranganNya...
Jin Islam: InsyaAllah..aku akan laksanakan dan kekalkan kesucian dan cahaya ini...Terima kasih ustaz...
Jin Islam: Kamu siapa? kenapa kamu lain dari yg lain?
Ana: Aku hanya Hamba Allah..
(Skip selepas tu)
Jin islam: Aku mahu keluar dari jasad pesakit ini, aku rasa bersalah ..keluarkan aku...CUBA SAMPAIKAN PESANAN TERAKHIR AKU KEPADA UMMAT ISLAM YANG LAIN...janganlah kamu semua islam hnya pada nama, tapi islam yang beriman dan beramal dgn perintah Allah dan tinggalkan laranganNya..
Ana: InsyaAllah boleh..nanti aku sampai pesananmu kepada yang lain...
Biiznillah dgn kehendak Allah taala jin islam itu sudah keluar...
~~~~ كهيعص...حم...عسق
dan beberapa ayat quran dgn doa...
Dengan kehendak Allah taala, maka keluarlah jin islam itu dari jasad pesakit..
Pesakit: Selepas dari sedar....Kenapa ramai ni? ada apa? apa yg terjadi?
Ana dan yg lain: Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi atas kesembuhanNya..
Alhamdulillah....jadi pengajaran dari kisah ini, "JANGANLAH KITA HANYA ISLAM PADA NAMA, TAPI TIDAK BERAMAL DAN BERIMAN DENGANNYA"
*Ayat yg ana bacakan...
1-Surah At-tawbah ayat 128-129
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
فَإِن تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."
Kisah benar dari ana Amjad Al-Fathoni...
Saksi: Ustaz Hafiz Assuffy, Ust Asrol Hasnan, Ust Faauqah Abu Ubaidah, Ust Faizul Fauzi dan ustaz2 lain.. Semua Ahli Bait Syaqah 10
لمحمد انا انتمي والحب يجري في دمي ونشيد قلبي في فمي اني أحبك سيدي
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم